Sunday, July 5, 2009

♫ wanita dan tudung ♫

Memakai tudung adalah satu kewajipan dalam
ISLAM DAN WANITA yang telah baligh. Ini berdasarkan
firman ALLAH S.W.T dalam ayat 59 AL-AHZAB dan ayat 31 AN-NUR.
Meninggalkan kewajipan berhijab memakai tudung adalah berdosa.
Mengingkarinya atau mengejek org yg memakai hijab
pula boleh merosakkan akidah kerana
mengikari sesuatu yang telah ditetapkan dalam AL-QURAN
dan mengejek amalan agama.
Wanita2 yg memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah yg ALLAH S.W.T
telah berikan kpd mereka, tetapi tidak pula menjadikan amalan
hijabnya satu alasan untuk memandang rendah kpd wanita lain
kerana sifat sedemikian adalah keji dan sebahagian drpd penyakit hati.
Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhrim,
bukan saja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhanya.
HARGA DIRI WANITA TERLALU MAHAL.
Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian
longgar dan warna yg tidak menarik serta menutu seluruh badannya dari
kepala hingga ke kaki kerana wanita yg bermaruah takkan
mempamerkan tuduh badan di khalayak umum.
Pakaian bagi seorang wanita mukmin itu bukan saja menutup
seluruh auratnya, malah sekali gus menutup maruahnya sabagai seorang
wanita, dan tidak berhias2 yg mana akan menjadikan daya tarikan kpd lelaki bkn
muhrimnya.
Ini sekali gus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki.
Kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab
setiap wanita muslim.
Sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah
antara mereka dengan ALLAH S.W.T.
Aurat wajib di tutup tetapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri.
Tudung di luar tudung di dalam (hati).
' HIASI DIRI DENGAN SIFAT SUKA BERTOLAK ANSUR DAN SENTIASA
BERMANIS MUKA, CUBA JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG,
CUBA DIDIK DIRI MENJADI ORANG YG LEMAH LEMBUT DAN MENJAGA
DIRI SERTA MARUAH SEBAGAI WANITA ISLAM. BARULAH NAMPAK ISLAM ITU INDAH DAN CANTIK KERANAINDAH DAN CANTIKNYA AKHLAK YG MENGHIASI PERIBADI WANITA MUSLIMAH'.

0 comments:

Post a Comment